Info Lanjut

Terma & Syarat 
1) Setelah pembayaran & tempahan tarikh kursus telah dibuat, peserta TIDAK DIBENARKAN menunda tarikh dan masa.
2) Setelah membuat pembayaran dan peserta gagal hadir/membatalkan/ingin menunda wang pendahuluan/penuh tidak akan dipulangkan semula.
3) Bagi kursus yang melebihi jumlah RM1000, peserta dibenarkan untuk membuat deposit minimum RM1000, dan pembayaran baki perlu dibuat sebelum kursus tamat.

Info Pembelajaran 
1) Nota tidak akan disediakan, namun peserta akan diberi panduan dan bantuan bagi menghasilkan nota sendiri agar peserta lebih mudah mengingati dan menghargai nota yang dihasilkan sendiri.
2) Pembelajaran adalah berasaskan industri sebenar, dan peserta akan diajar dengan teknik khas & tersendiri bagi mendapatkan hasil yang baik dan mudah mahir dalam sesuatu perisian yang dipelajari.
3) Pembelajaran adalah mengikut silibus yang telah disediakan. (*peserta boleh melihat/download silibus berkenaan dengan cara klik butang silibus di atas)
4) Peserta digalakkan membawa Laptop sendiri, bagi memudahkan proses pemindahan file dan installasi sesuatu perisian.
5) Peserta akan diberikan latihan dan final projek bagi mengukuhkan daya ingatan, skill dan kefahaman dalam sesuatu perisian.
6) Jam tambahan akan diberikan jika tenaga pengajar merasakan perlu untuk tambah, dan silibus boleh ditukar/ditambah mengikut kesesuaian peserta atau dirasakan perlu oleh tenaga pengajar.
7) Kelas berkonsepkan santai, peserta tidak perlu risau sekiranya tidak mahir, atau mempunyai masalah daya ingatan untuk menghafal atau mempunyai masalah "lambat tangkap" kerana tenaga pengajar akan mengajar sehingga peserta boleh menggunakan perisian dengan baik dan mampu menyiapkan dan melaksanakan latihan yang diberikan.
8) Latihan dan Final Project wajib disiapkan bagi membolehkan peserta dianugerahi sijil kursus dari Pixie Studio.

Persediaan Kursus
1) Bagi kursus perseorangan, setiap peserta perlu membawa laptop/pc yang dilengkapi perisian original/trial version yang boleh dimuatturun di laman web perisian berkenaan. (*Boleh hubungi tenaga pengajar untuk maklumat lanjut)
2) Pastikan laptop/pc anda memenuhi spec berikut :
OS : Windows XP pro ke atas
RAM : 2GB (minima)
3) Dilengkapi dengan perisian yang dipelajari
4) Dilengkapi dengan perisian Antivirus sama ada Kasperksy Internet Security / Bitdefender Internet Security
5) Pen Drive (*bersih dari segala Virus)

Lokasi Pembelajaran
Pixie Studio (M) Sdn Bhd,
8855, Jalan Kaki Bukit,
KM14, Beseri, Perlis.

Malaysia.
.
.
.
Tel/sms/WhatsApp : 019 668 6643 (En. Abd Azim)
Email : ps@pixiestudio.com.my

PETA LOKASI




Peta lokasi ke Pixie Studio Perlis
Klik Gambar utk besarkan peta lokasi kami.

0 Pertanyaan / Pendapat:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates